welcome


Monday, August 26, 2013

Pengenalan Anyaman

Apa itu anyaman ?

seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi.
Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dindding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu bertahan sehiiga ke hari ini. Rumah yang berdindingkan dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal   menebat
pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan erkembang tanpa mernerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftanganya anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbahan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan sekitar pantai.

Pelbagai rupabetuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (padan dan mengkuang). Bentuk-betuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya .

No comments:

Post a Comment